Jom Masak Sambal Tumis Bebola Ikan - Muslim Food Industries
Jom Masak Mee Kari
January 1, 2023
Jom Masak Fishball Egg Soup
January 15, 2023
Show all

Jom Masak Sambal Tumis Bebola Ikan

Jom Masak Sambal Tumis Bebola Ikan

Ramuan

Muslim Bebola ikan 1 pack (bebola seeloknya digoreng bg lebih enak)

3/4 cawan cili kisar

1 camca besar sos tiram

2 camca besar sos cili

1/4 cawan jus asam jawa

1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan

Garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan air

BAHAN – BAHAN KISAR HALUS 🙂

6 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1/2 inci belacan

Cara-caranya:

1. Bebola ikan dicuci, kemudian lap kering dengan tissue dapur, Goreng sekejap dalam minyak panas, angkat dan toskan (walaupun muslim bebola ikan telah siap digoreng, lagi enak gorengkan sekali lagi utk kerangupan).

2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan dalam 1/3 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram. Kacau rata dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.

3. Masukkan air asam dan air. Kacau dan biarkan mendidih, masak hingga pekat sedikit.

4. Masukkan bebola ikan, bawang besar, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.