Jom Masak Mee Kari - Muslim Food Industries
Senarai Pemenang bagi Peraduan Duit Raya Bersama MFI 2022
May 9, 2022
Jom Masak Sambal Tumis Bebola Ikan
January 8, 2023
Show all

Jom Masak Mee Kari

Jom Masak Mee Kari 🍜

Bahan untuk rempah tumis :

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 kuntum cengkih

5 biji buah pelaga

2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus :

4 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

2 inci halia

2 inci lengkuas

1 batang serai, hiris nipis

2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut

Bahan untuk bancuhan rempah :

4 sudu besar serbuk kari daging

2 sudu besar serbuk cili

Bahan-bahan lain :

1 bungkus Muslim Mee Kuning

Potongan isi ayam

Kerang rebus

Udang

Air rebusan kulit udang

Santan cair

Muslim Bebola ikan (fishball)

Tauhu puff

Kiub ayam

Santan pekat

Bahan-bahan untuk hiasan :

Telur rebus

Sawi

Taugeh

Bawang goreng

Cili merah dan hijau

Limau Kasturi

Cara-cara penyediaan :

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.

4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya. Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.