
Jom Masak Sambal Tumis Bebola Ikan
January 8, 2023
Peraduan Jom Kenal Produk Muslim!🫰🏻
January 19, 2025Jom Masak Fishball Egg Soup
Ramuan
3 cawan air
1 paket Muslim Bebola Ikan
1 cawan daun kucai (hiris)
1 sudu besar stok ayam pekat (resepi asal guna Chinese Chicken stock)
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh gula batu (optional; jika mahu)
Sedikit garam
Cara Memasak
Langkah 1
Didihkan air kemudian masukkan bebola ikan. Masak bebola ikan seketika kemudian masukkan daun kucai.
Langkah 2
Tambahkan serbuk lada putih, chicken stock, kicap cair dan gula batu (optional).
Langkah 3
Tutup api. Untuk egg drop yang besar, tuangkan telur secara membulat tanpa perlu kacau dan biarkan telur seketika.
Info tambahan: Jika mahu egg drop yang halus: Tutup api. Kacau kuah guna senduk membentuk pusingan. Tuang telur yang sudah dikocok ke dalam kuah pada satu jarak yang agak tinggi supaya halus telurnya. Sambil terus kacau secara membulat perlahan2.
Langkah 4
Siap untuk dihidang! Selamat mencuba