Resepi Bihun Muslim Goreng Kampung - Muslim Food Industries
Resepi Bihun Sup Ayam Paling Mudah dan Sedap
February 24, 2019
Terma & Syarat Peraduan Tag & Menang Muslim Food Industries
April 1, 2019
Show all

Resepi Bihun Muslim Goreng Kampung

Rahsianya pada bihun muslim dan ikan bilis tumbuk…

Bahan Bahan:

1 bungkus bihun muslim – direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar – dihiris
1 mangkuk sotong atau udang
1 mangkuk carrot – hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan Tumbuk:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis – direndam

Bahan Hiasan:

Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara cara:

1) Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita menjadi lebih sedap.

2) Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

3) Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

4) Setelah terbit minyak, masukkan Carrot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak carrot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.

5) Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

6) Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.