Kenapa Mee Kuning warnanya Kuning
February 24, 2019Resepi Bihun Muslim Goreng Kampung
February 24, 2019Bahan-Bahan
1 bungkus bihun muslim ( direndam hingga lembut)
1/2 kg Ayam (Dipotong kecil)
½ Biji lobak putih (Dihiris)
Hirisan daun bawang dan daun sup secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
Tauge secukupnya (Dicelur)
Sawi secukupnya (Dihiris dan dicelur)
Air secukupnya
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh jintan manis
Rempah Empat Sekawan
5 butir bunga cengkih
5 butir buah pelaga
2 butir bunga lawang
2 batang kayu manis
Cara Memasak :
1) Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan dan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2) Seterusnya masukkan ayam, lobak putih dan air. Rebus sehingga ayam empuk.
3) Perasakan dengan garam secukup rasa. Padamkan api.
4) Sediakan sebuah mangkuk, masukkan bihun, tauge dan sawi ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kuah sup bersama hirisan ayam dan lobak ke atasnya.
5) Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Jika sukakan rasa pedas, boleh ditambah sambal cili ataupun sambal kicap.