Terma & Syarat Peraduan Tag & Menang Muslim Food Industries - Muslim Food Industries
Resepi Bihun Muslim Goreng Kampung
February 24, 2019
Senarai Pemenang Peraduan Tag & Menang
May 21, 2019
Resepi Bihun Muslim Goreng Kampung
February 24, 2019
Senarai Pemenang Peraduan Tag & Menang
May 21, 2019
Show all

Terma & Syarat Peraduan Tag & Menang Muslim Food Industries

TERMA & SYARAT
  1. Dengan menyertai Peraduan TAG & MENANG MFI ini, para peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dan/atau mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan (termasuk yang diputuskan oleh Muslim Food Industries tanpa sebarang notis).
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun keatas dan menetap di Malaysia kecuali kakitangan Muslim Food Industries, atau ahli keluarga terdekat dan/atau agensi pengiklanan dan promosi, pengedar yang dilantik dan syarikat pengelola peraduan termasuk syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat mereka.
  3. Tempoh Peraduan adalah dari 1 April 2019 hingga 30 April 2019.
  4. Semua penyertaan yang layak mestilah diterima oleh sistem kami pada 23:59:59 (Waktu Malaysia), berdasarkan pusingan mingguan yang tertera pada syarat (18). Penyertaan yang lambat atau tidak sah tidak akan dilayan. Waktu penghantaran adalah mengikut waktu sistem kami.
  5. Muslim Food Industries berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang salah, tidak lengkap, menimbulkan keraguan atau tidak sah. Peserta bersetuju untuk tidak secara sengaja merosakkan atau menyebabkan gangguan pada Peraduan dan/atau menghalang peserta lain dari menyertai Peraduan ini.
  6. Muslim Food Industries berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang dianggap dan/atau mengandungi unsur-unsur tidak sesuai untuk mana-mana pihak. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk tidak menghantar penyertaan yang mengandungi sebarang unsur-unsur pornografi atau lucah, mengancam atau menggunakan bahasa kesat serta mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk sesetengah pihak.
  7. Muslim Food Industries dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas, agensi-agensi pengiklanan dan promosi yang berkaitan serta penasihat undang-undang tidak bertanggungjawab ke atas :-
    • sebarang kesilapan teknikal yang disebabkan oleh gangguan rangkaian internet, serangan virus, penggodaman maklumat, kerosakan dan kegagalan perkakasan maklumat atau sebaliknya;
    • telefon, elektronik, perkakas atau program perisian, rangkaian, internet, pelayan atau kerosakan komputer, kegagalan, gangguan, kesilapan komunikasi atau sebarang kesukaran yang disebabkan oleh kesilapan manusia, mekanikal atau elektrik, tanpa had, termasuklah penangkapan data berkaitan maklumat penyertaan dalam talian yang salah atau tidak tepat;
    • lambat, hilang, lewat, salah, tidak lengkap, tidak sah atau e-mel yang sukar difahami;
    • gagal, tidak lengkap, hilang, tidak teratur, bercampur-aduk, terganggu, tiada transmisi atau transmisi komputer yang lambat;
    • sebarang perkara yang berlaku di luar kawalan Muslim Food Industries dan boleh menyebabkan gangguan atau kegagalan Peraduan;
    • sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan yang timbul berhubung atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan hadiah atau daripada penyertaan dalam Peraduan; atau
    • sebarang kesilapan cetakan atau tipografi dalam mana-mana bahan berkaitan dengan Peraduan.
  1. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk melepaskan daripada semua liabiliti dan melindungi Muslim Food Industries dan para pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil-wakil, syarikat induk dan serta syarikat gabungan, anak-anak syarikat, pemegang lesen, agensi pengiklanan serta agensi berkaitan dan penasihat undang-undang dari mana-mana kerugian, ganti rugi, hak, apa-apa jenis tuntutan dan tindakan akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan hadiah atau sebarang aktiviti berkaitan dengan pengambilan hadiah, tanpa had termasuklah kecederaan, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencerobohan privasi.
  2. Muslim Food Industries dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi yang berkaitan tidak menjamin, menyatakan dengan terang atau sebaliknya, dalam fakta atau undang-undang berhubung penggunaan atau penikmatan hadiah, termasuklah had tanpa batasan, kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk membenarkan Muslim Food Industries dan syarikat induk, anak syarikat, syarikat gabungan, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi menggunakan nama, maklumat yang disertakan dalam laman web Peraduan, kesamaan, maklumat biografi dan kenyataan untuk sebarang tujuan, termasuklah, tanpa had, pengiklanan, perdagangan atau promosi tanpa sebarang had masa, di mana-mana media kelak tanpa sebarang pampasan, melainkan yang telah ditetapkan undang-undang. Status pemenang boleh dilucutkan dan/atau pemenang baru akan dipilih jika pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi, pendaftaran tidak sah dan/atau gagal menuntut hadiah. Keengganan atau pemulangan pemberitahuan hadiah yang gagal dihantar kepada pemenang terpilih juga dianggap batal dan/atau pemenang baru akan dipilih.
  4. Dengan penyertaan ini, para peserta mengakui kelayakan penyertaan dan menyatakan persetujuan terhadap sebarang publisiti berhubung penyertaan mereka oleh pihak Muslim Food Industries
  5. Rayuan untuk menyemak status penyertaan tidak akan dilayan.
  6. Muslim Food Industries berhak untuk membuat keputusan muktamad dalam sebarang pertikaian berbangkit.
  7. Muslim Food Industries berhak untuk menggunakan mana-mana bahan yang diterima semasa Peraduan (termasuklah nama peserta, alamat e-mel, nombor telefon, gambar dan lain-lain) untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan komunikasi.
  8. Muslim Food Industries berhak untuk meminda semula mekanik, terma dan syarat Peraduan serta lain-lain aspek berkaitan Peraduan tanpa sebarang notis.
  9. Muslim Food Industries berhak untuk menggantung atau membatalkan Peraduan mengikut budi bicara dan keadaan yang tidak diduga tanpa sebarang notis.
CARA-CARA PENYERTAAN
  1. Para peserta haruslah menangkap gambar mana-mana produk MFI yang dibeli, share di wall masing-masing dengan status yang kreatif beserta #muslimfoodindustries #MFI.
CARA-CARA UNTUK MENANG
  1. Penyertaan dengan gambar yang kreatif beserta status yang kreatif lengkap dengan #muslimfoodindustries #MFI akan dipilih sebagai pemenang.
HADIAH-HADIAH
  1. Setiap pemenang akan memenangi
  • Hadiah Utama: Pemenang utama akan menerima produk MFI bernilai RM 100 dan hadiah wang tunai sebanyak RM 200
  • Hadiah Saguhati: 10 pemenang akan menerima produk MFI bernilai RM 50 dan juga wang tunai sebanyak RM 50 setiap seorang.
  1. Senarai nama pemenang akan diumumkan pada minggu seterusnya selepas tarikh tamat dan dipaparkan di Facebook Muslim Food Industries.
  2. Pemenang haruslah menghantar mesej kepada Inbox Muslim Food Industries di laman Facebook Muslim Food Industries dengan butiran diri yang diminta dalam tempoh seminggu daripada tarikh pengumuman pemenang.
  3. Jika pemenang gagal untuk menghantarkan butiran diri dalam tempoh seminggu dari tarikh pengumuman pemenang, penyertaan dianggap terbatal dan Muslim Food Industries berhak untuk memilih pemenang yang lain, jika ada.
  4. Sebarang kos perjalanan untuk mengambil hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri.
  5. Sebarang hadiah tidak boleh ditukar ke wang ringgit. Muslim Food Industries berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang hampir sama. Sebarang bentuk kos atau bayaran yang berkaitan dengan menuntut hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri.
  6. Setiap pemenang hanya berlayak memenangi SATU (1). Satu rumah hanya berlayak memenagi sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.