Resepi Laksa Sarawak Yang Pasti Menjilat Jari menggunakan Muslim Bihun. - Muslim Food Industries
Juadah di Hari Raya- Soto
May 30, 2019
Resepi Mee Hailam Spesial Cendawan Butang
July 11, 2019
Juadah di Hari Raya- Soto
May 30, 2019
Resepi Mee Hailam Spesial Cendawan Butang
July 11, 2019
Show all

Resepi Laksa Sarawak Yang Pasti Menjilat Jari menggunakan Muslim Bihun.

Resepi Laksa Sarawak menggunakan Muslim Bihun. (4-6 orang)

  • 2 ketul isi dada ayam 
  • 8-10 ekor udang pilihan anda 200 gram / 1 botol pes perencah laksa  
  • 1 bungkus Muslim Bihun direndam dan dicelur 
  • 2 batang serai saiz sederhana diketuk 
  • 1 inci halia muda diketuk 
  • 4 biji telur ayam 
  • 2 ketul fishcake 
  • 200 ml santan pekat 
  • 2 liter air 
  • Cili merah secukupnya 
  • Taugeh 
  • Sayur sawi 
  • Gula dan Muslim Garam secukup rasa 
  • Sedikit daun ketumbar

#1: Rendam Muslim Bihun ke dalam air sejuk. Ketepikan. Didihkan 2 liter air bersama halia dan serai yang diketuk. Bila mendidih,masukkan dada ayam dan rebus sampai masak. Masukkan udang di akhir 10 minit. Angkat dan toskan. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau sebati. Gunakan non stick pan ya untuk mudah.Panaskan dan buatkan menjadi telur dadar. Bila masak, gulung dan hiris halus. Ketepikan. 

#2: Isi dada ayam yang sejuk diracik halus.Ketepikan.Jom kita buat kuah laksa sarawak. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan tadi.Masak hingga mendidih dan tambahkan santan. Kacau sebati serta kecilkan api. Perasakan dengan garam dan gula. Siap. 

#3: Didihkan air dalam periuk lain untuk mencelur sayur sawi , fishcake. Baki air masukkan ke dalam mihun untuk melembutkannya. Hiris halus fishcake, daun ketumbar, cili merah. Taugeh tak perlu dicelur jika ingin rasa yang rangup.

Antara benda yang wajib ada adalah sambal udang kering.

  • 4 biji bawang merah saiz 50 sen dibakar 
  • 2 ulas bawang putih dibakar 
  • 1 sudu teh belacan dibakar 
  • 1/2 genggam udang kering 
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu teh asam jawa dan dicampur air
  • Muslim Garam dan gula

#1: Bakar terlebih dahulu bahan yang perlu dibakar supaya lebih sedap dan harum. Kisar bawang merah, bawang putih, belacan, udang kering sehingga halus. Masukkan sedikit air sahaja ya.

#2: Masukkan minyak ke dalam kuali dalam anggaran 1/2 cawan. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan barulah dimasukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa beserta garam dan gula. Masak hingga pecah minyak beberapa kali dan pekat.

Terus masukkan Muslim Bihun kedalam mangkuk beserta isi dada ayam rebus, udang, fishcake, hirisan telur dadar goreng, sayur sawi, taugeh, hirisan cili merah beserta daun ketumbar.

Lepas itu masukkan kuah laksa sarawak dan makan dengan sedapnya.Masukkan juga sambal udang kering tadi tau. Selamat mencuba. Memang best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.