Lailatul Jaizah (Malam Penerimaan Hadiah) - Muslim Food Industries
Senarai Pemenang Peraduan Tag & Menang
May 21, 2019
Amalan Yang Dianjurkan sempena 1 Syawal
May 30, 2019
Senarai Pemenang Peraduan Tag & Menang
May 21, 2019
Amalan Yang Dianjurkan sempena 1 Syawal
May 30, 2019
Show all

Lailatul Jaizah (Malam Penerimaan Hadiah)

Lailatul Jaizah. Malam Penerimaan Hadiah

Dari Ibnu Abbas ra, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda;

 

“Sesungguhnya syurga itu wangi dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut bulan Ramadhan. Bila malam pertama pada bulan Ramadhan datang, maka akan bertiup angin dari bawah ‘Arsy, yang disebut angin ‘al-Mutsirah’. Maka daun-daun di pokok-pokok syurga bergesel, juga gagang daun-daun pintu, sehingga menimbulkan dengungan suara yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh pendengar sebelumnya.

 

Lalu muncullah para bidadari berdiri di halaman syurga, lalu mereka menyeru, “Adakah orang yang memohon kepada Allah agar Dia mengahwinkan aku dengannya?” Lalu bidadari itu berkata, “Ya Ridwan (penjaga syurga), malam apakah ini?” Maka Ridwan menjawab mereka dengan talbiyah, ia berkata, “Ini malam pertama bulan Ramadhan.” Maka pintu-pintu syurga dibuka untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad.

 

Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman,”Wahai Ridwan, bukalah pintu-pintu syurga; dan wahai Malik, tutuplah pintu-pintu neraka bagi orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad. Wahai jibril, turunlah ke bumi. Rantailah syaitan-syaitan dan belenggulah mereka dengan rantai. Lalu lemparkanlah mereka ke dalam lautan supaya tidak mengganggu puasa umat Muhammad, kekasih-Ku.”

 

Baginda SAW bersabda, “Allah Azza Wa Jalla berfirman pada setiap malam di bulan Ramadhan kepada seorang penyeru agar menyeru tiga kali; “Adakah orang yang memohon? Maka akan Aku penuhi permohonan-nya; Adakah orang yang bertaubat? Maka akan Aku terima taubatnya; Dan adakah orang yang meminta ampun? Maka Aku akan mengampuninya. Dan sesiapa yang memberi pinjaman kepada Yang Maha Kaya, maka ia tidak akan mengalami kekurangan, dan Dialah Yang Memenuhi Janji tanpa menganiaya.”

 

Baginda SAW bersabda, “Setiap hari pada bulan Ramadhan, iaitu ketika berbuka puasa, Allah akan membebaskan sejuta roh dari neraka yang telah diwajibkan masuk neraka. Dan pada hari terakhir bulan Ramadhan, maka Allah akan membebaskan roh sebanyak yang telah Dia bebaskan dari awal hingga akhir Ramadhan.

 

Dan bila tiba malam Lailatul-Qadar, Allah akan memerintahkan Jibrail turun ke bumi bersama sekumpulan malaikat yang membawa bendera hijau dan meletakkan bendera itu di puncak Kaabah. Malaikat Jibril mempunyai seratus sayap, dua sayap di antaranya tidak pernah dibentangkan kecuali pada malam itu. Lalu ia membentangkan kedua-dua sayap itu pada malam tersebut, sehingga meliputi Timur dan Barat. Lalu Jibril mengerahkan para malaikat supaya memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri, duduk, solat, dan berzikir. Para malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan mengaminkan doa-doa mereka hingga terbit fajar.

 

Apabila fajar terbit, Jibril menyeru para malaikat, “Wahai para malaikat, pulanglah!”

Para malaikat bertanya, “Wahai Jibril, apakah yang akan Allah perbuat berkaitan dengan hajat-hajat orang-orang yang beriman dari umat Muhammad?”

 

Jibril berkata, “Allah memandang mereka pada malam ini dan mengampunkan mereka kecuali empat golongan manusia.”

 

Maka kami (sahabat ra) bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah mereka itu?”

 

Baginda SAW bersabda, “Mereka adalah orang yang meminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, orang yang memutuskan tali silaturahim dan yang memusuhi.”

 

Kami bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah yang memusuhi itu?”

 

Sabda Baginda SAW, “Iaitu orang yang membenci dan memutuskan persaudaraannya.”

 

Jika malam Hari Raya tiba, maka malam itu dinamakan ‘Lailatul Jaizah’ (Malam Penerimaan Hadiah). Lalu ketika tiba hari raya Aidil Fitri pada hari esoknya, maka Allah mengutus para malaikat ke setiap negeri dan turun ke bumi. Mereka memenuhi setiap jalan dan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk Allah Azza Wa Jalla kecuali jin dan manusia.

 

Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad, keluarlah menuju Tuhan Yang Maha Mulia, Yang akan mengurniakan hadiah dan mengampuni dosa-dosamu yang besar. Apabila mereka datang ke surau mereka, maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja apabila telah menyelesaikan pekerjaannya?”

 

Sabda Baginda SAW, “Para malaikat berkata, ‘Wahai Rabb kami, balasannya adalah upah sepenuhnya.’”

 

Baginda SAW bersabda, “Maka Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi wahai para malaikat-Ku, bahawa sesungguhnya Aku telah memberikan redha dan ampunan-Ku sebagai balasan kepada mereka kerana puasa mereka pada bulan Ramadhan, dan kerana solat-solat malam mereka.

 

Lalu Allah SWT berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku. Mohonlah kepada-Ku, maka demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, tidaklah kamu meminta sesuatu kepada-Ku di pertemuan ini untuk akhiratmu kecuali Aku akan memberimu. Dan tidak juga untuk keperluan duniamu kecuali Aku akan memandang permaslahanmu. Maka demi kemuliaan-Ku, sungguh akan Aku tutupi kesalahan-kesalahan kamu selama kamu takut kepada-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menutup dan tidak akan Aku perlihatkan aib-aibmu di depan orang-orang yang melanggar batas. Bertebaranlah kamu dengan membawa ampunan. Sungguh kamu telah redha kepada-Ku, dan Aku pun redha kepada kamu.”

Para malaikat pun merasa senang dan bersuka cita, kerana Allah Azza Wa Jalla telah memberi kurnia kepada umat ini, pada saat mereka sedang berhari raya Fitri setelah Ramadhan.”

 

(H.R. Ibnu Hibban, Baihaqi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.