Amalan Yang Dianjurkan sempena 1 Syawal - Muslim Food Industries
Lailatul Jaizah (Malam Penerimaan Hadiah)
May 30, 2019
Juadah Hari Raya Aidilfitri
May 30, 2019
Lailatul Jaizah (Malam Penerimaan Hadiah)
May 30, 2019
Juadah Hari Raya Aidilfitri
May 30, 2019
Show all

Amalan Yang Dianjurkan sempena 1 Syawal

Amalan Yang Dianjurkan sempena 1 Syawal

Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk:

SEBELUM 1 SYAWAL

#Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.

#Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.

#Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.

#Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.

#Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.

#Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.

PAGI 1 SYAWAL

#Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.

#Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.

#Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

#Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.

#Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.

#Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.

#Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.

#Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.

#Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

#Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.

#Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.