nak sihat dengan cara mudah?? - Muslim Food Industries
Awas! Bahaya Asid Borik di dalam Makanan
July 31, 2017
bahaya akibat ibu hamil merokok!!
August 5, 2017
Awas! Bahaya Asid Borik di dalam Makanan
July 31, 2017
bahaya akibat ibu hamil merokok!!
August 5, 2017
Show all

nak sihat dengan cara mudah??

Pengenalan

Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan.

Selain itu berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Aktiviti berbasikal juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat.

Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.

Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya di bahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan

 Faedah Kesihatan

1) Mengurangkan risiko penyakit

Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.

2) Merawat artritis

Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

3) Memperbaiki mood

Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

4) Menurunkan kadar kolesterol

Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

5) Menguatkan tulang

Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobiliti terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.

6) Merehatkan minda

Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.

Jadual menunjukkan perbezaan kalori yang digunakan untuk beberapa aktiviti fizikal.

 Jenis Aktiviti  Kalori
 Berkebun  60 minit = 320 kalori
 Aerobik  60 minit = 405 kalori
 Berjalan 3km/j  60 minit = 150 kalori
 Berjalan 6km/j  60 minit = 300 kalori
 Berlari 10 km/j  60 minit = 660 kalori
 Berlari 11 km/j  60 minit = 660 kalori
 Berlari 12km/j  60 minit = 720 kalori
 Berlari 15km/j  60 minit = 900 kalori
 Berlari 18km/j  60 minit = 1080 kalori
 Berjalan pantas  30 minit = 150 kalori
 Mengayuh basikal20km/j  60 minit = 480 kalori
 Mengayuh basikal 35km/j  60 minit = 1020 kalori
 Berenang 3km/j  60 minit = 660 kalori
 Ping pong  60 minit = 280 kalori
 Bola keranjang  60 minit = 450 kalori
 Golf  60 minit = 385 kalori

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.