Awas! Bahaya Asid Borik di dalam Makanan - Muslim Food Industries
Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_01
Apakah Matlamat Kesihatan Anda???
July 29, 2017
nak sihat dengan cara mudah??
August 5, 2017
Show all

Awas! Bahaya Asid Borik di dalam Makanan

BAHAYA ASID BORIK

Tahukah anda bahawa banyak pengusaha yang menggunakan asid borik sebagai pengawet dalam produk makanan mereka. Asid borik merupakan bahan yang berbahaya untuk kesihatan manusia. Dengan ini syarikat kami Muslim Food Industries (MFI) TIDAK menggunakan ASID BORIK dalam pembuataan produk-produk kami. MFI menitikberatkan kebersihan untuk menjamin produk-produk dalam keadaan baik dan tahan lama.

Disini kami ingin kongsikan tentang bahayanya asid borik untuk kesihatan manusia. Persoalannya apa itu asid borik? Haaa… Asid borik merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat). Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan bukannya untuk mengawet makanan. Individu yang makan makanan yang mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, cirit birit, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang, barah dan kematian.

Asid borik:

  • Kimia berwarna putih seakan-akan Kristal
  • Boleh didapati dalam bentuk serbuk dari farmasi tanpa preskripsi
  • Bahan antiseptic, antikulat dan antivirus
  • Digunakan merawat dubur dan faraj daripada jangkitan kulat
  • Pembunuh kuman penyakit kulat
  • Terdapat dalam kebanyakkan produk perubatan farmasi untuk penyakit luaran
  • Keracunan, gastrousus kerosakan buah pinggang dan hilag selera makan

Untuk makluman air kunyit bukan cara yang sah menentukan kandungan asic boric dalam sesuatu makanan. Kandungan asid boric hanya boleh ditentukan dengan Ujian Makmal. Makmal MESTI dan HALAL yg menentukan sama ada sesuatu produk makanan itu ada atau tidak asid boric. Produk keluaran MFI dijamin selamat dan mendapat kelulusan MESTI.

Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau MeSTI adalah inisiatif Kementerian Kesihatan untuk setiap pengusaha makanan mementingkankan isu keselamatan dan kebersihan makanan yang mereka hasillkan. Jadi secara mudah, jika anda nampak sesuatu produk ada logo MeSTI, produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan.

Objektif utama MeSTI semestinya untuk setiap tempat pemprosesan makanan mengikut prosedur penyediaan makanan yang betul serta menjadikan aspek kebersihan perkara paling penting dalam proses penyediaan makanan. Jadi, sekiranya pengusaha makanan sudah ada MeSTI, produk berkenaan sudah lulus untuk membawa produk mereka ke peringkat antarabangsa.

Undang-undang negara Malaysia juga telah dikeluarkan. Di bawah subseksyen 13(1), Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Tapi anda perlu tahu tidak semua pengusaha mengikut undang-undang. Hati-hati…

Jika mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah menyenaraikan bahan pengawet (sulfur dioksida, asid benzoik, asid sorbik, asid propionik serta garam natrium, kalium dan kalsium, natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan kalium nitrit) dan antimikrobial (klorin dioksida dan hidrogen peroksida) yang dibenarkan penggunaannya dalam makanan tertentu di dalam senarai itu. Asid borik tidak termasuk di dalam senarai ini. INGAT! Asid borik tidak termasuk dalam senarai bahan yang dibenarkan hadir dalam makanan.

Makanan yang selalu dikesan yang mempunyai asid borik adalah makanan jenis pasta seperti mi kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mi wantan, mi hokkien, mihun, kulit popia dan bak chang. Semestinya makanan-makanan ni merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.

mee_kuning_pembunuh_asid_borik_acid_boric_bahaya_sihat_halal_berkat_sedap_muslim_food_industries
Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_Haramkan_asid_borik
Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_Haramkan_asid_borik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.