Kenapa Perlu Memilih Mee Kuning Yang Halal dan Bersih?
July 23, 2017Apakah Matlamat Kesihatan Anda???
July 29, 2017Info Kesihatan - Sumber Tips, Artikel Dan Berita Untuk Penjagaan Kesihatan Seisi Keluarga
Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua adalah mendapatkan info yang boleh membantu kita menjaga kesihatan diri dan juga keluarga. Sukar untuk kita menjaga kesihatan diri dan keluarga jika kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Tubuh kita sering terdedah kepada serangan luar dan dalam, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Bagaimana tubuh kita mempertahankan diri dari serangan tersebut? Apa yang tubuh perlukan untuk sentiasa sihat dan cergas?
Melalui laman ini kami komited untuk membawa kepada anda info kesihatan yang boleh membantu anda dalam penjagaan kesihatan. Dari masa ke semasa kami akan membawa pelbagai info kesihatan yang relevan dan terkini.
PERINGATAN: Info kesihatan yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah bertujuan untuk pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan sebagai nasihat mengenai diagnosis, perubatan atau rawatan penyakit. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai penyakit dan perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.
BERITA KESIHATAN
Kasih Sayang Dapat Menghilangkan Stres: Kasih sayang mempunyai peranan yang sangat berguna dalam menangani stres. Hubungan kasih sayang boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesihatan anda. Kasih sayang memberi kesan yang hebat kepada jiwa anda, dan ia juga adalah penawar stres semula jadi. Dalam hubungan yang sihat, kuasa kasih sayang adalah cukup kuat untuk membuat hati anda senang, jiwa anda tenang dan badan anda sihat.
Ikan Bakar Tingkatkan Kesihatan Otak: Satu kajian yang dijalankan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti Pittsburgh, Amerika menyarankan agar fokus dialihkan daripada mengambil Omega-3s kepada memakan ikan; asli dan ringkas, bakar atau panggang, untuk meningkatkan kesihatan otak.
Pastikan Jantung Terus Mengepam: Wanita yang kerap bersenam akan mengurangkan risiko masalah jantung. Kajian terkini menunjukkan berjalan laju, walau 10 minit, dapat membantu. Menurut Pertubuhan Profesional Internis Jerman, masalah jantung yang melibatkan wanita berusia adalah termasuk fibrilasi atrium.
TIPS KESIHATAN
Puasa Berselang – Kegilaan Diet Masa Kini
Trend puasa berselang tercetus daripada diet 5:2 berdasarkan buku yang berjudul “The Fast Diet” oleh wartawan Dr Michael Mosley dan Mimi Spencer. Diet melibatkan puasa berselang di sepanjang minggu untuk menyusutkan benjolan yang degil.
Makanan Yang Membantu Tajamkan Refleks
Nutrien yang terkandung di dalam bayan dan telur boleh membantu menajamkan refleks dan dengan itu dapat mempertingkatkan keselamatan jalan raya. Begitulah apa yang dikatakan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Leiden dan Universiti Amsterdam di Belanda, yang menjalankan kajian mengenai kesan pengambilan tirosina, nutrien yang terkandung di dalam makanan seperti bayam, telur, keju dan soya.
Mangkuk Lebih Kecil, Bahagian Lebih Kecil
Kajian baru menunjukkan mangkuk yang lebih kecil boleh menjadi cara mudah untuk membantu kanak-kanak makan sedikit dan dengan itu dapat mengelakkan mereka daripada obes. Kajian melibatkan 69 orang kanak-kanak prasekolah Amerika yang memakan bijirin dan susu dari mangkuk bersaiz lapan hingga 16 auns sehingga mereka kenyang. Kanak-kanak yang makan dari mangkuk besar meminta 87% lebih bijirin dan susu.
Berat Badan Turun Tanpa Pil
Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau menjalani pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut. Berikut diberikan beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda yang seterusnya akan menurunkan bacaan pada alat penimbang berat.
Plastik Menjejaskan IQ Anda
Jika anda belum lagi menjauhkan diri daripada plastik, mungkin penemuan ini akan mendesak dan meyakinkan anda untuk mengelakkan plastik seboleh mungkin, terutamanya jika anda sedang mengandung. Menurut kajian terkini, ibu mengandung yang terdedah kepada tahap tinggi bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik akan melahirkan anak yang IQnya rendah pada umur 7 berbanding kanak-kanak lain.
ARTIKEL KESIHATAN LAIN
Yogurt bantu kurangkan tekanan darah tinggi
Pengambilan yogurt sebanyak lima kali seminggu berupaya mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 20 peratus.
Telur bantu tahan perut daripada lapar
Pengambilan telur dalam hidangan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.
Amalkan gaya hidup sihat
Kini semakin ramai yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu cara hidup sihat.
Pantau Kesihatan Anda
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui tahap kesihatan anda. Anda juga boleh memantau sendiri dengan mengukur BMI anda supaya sentiasa dalam keadaan normal.
Ubah sikap jika mahu tangani masalah kegemukan
FAKTOR utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan adalah sikap tidak mengambil berat berhubung pemakanan sihat. Kebanyakan yang mengalami kegemukan bukannya tidak menyedari atau tidak mengetahui apa itu pemakanan sihat tetapi mereka sebenarnya tidak mengambil kisah apa yang dimakan dan diminum.