Resepi Ikan Masak Masam Manis - Muslim Food Industries
7 pesanan kepada usahawan muslim
August 15, 2019
Resepi Kerabu Mee Kuning Muslim
April 14, 2020
Show all

Resepi Ikan Masak Masam Manis

Bahan bahan : 

A) Ikan Goreng
4 potong isi ikan
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
. 🍲Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.

B) Kuah Masam Manis

1/2 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris
1 biji lada merah dihiris
2 sb Muslim Cili Boh @meekuningmuslim
4 sb sos masam manis
1 sb tepung gandum
1 cawan air
1 sb gula
1/2 sk garam
1 batang timun dipotong
8 biji tomato ceri

Cara Penyediaan :

-Tumis bawang, halia dan lada sehingga naik bau.

-Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masukkan tepung gandum, sos masam manis dan air. Masak sehingga kuah pekat.

-Masukkan timun, tomato dan perasakan dengan garam serta gula.

-Masukkan ikan, kacau dan masak 2 minit.

-Resipi daripada pengguna produk MFI IG: @haridz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.