Khasiat Cili/Cabai - Muslim Food Industries
Burger-j_kalori_Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_04
Keperluan Kalori Kanak-Kanak Aktif..
August 16, 2017
Khasiat Gandum untuk Kesihatan
August 22, 2017
Burger-j_kalori_Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_04
Keperluan Kalori Kanak-Kanak Aktif..
August 16, 2017
Khasiat Gandum untuk Kesihatan
August 22, 2017
Show all

Khasiat Cili/Cabai

chili_peppers_Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_03

chili_peppers_Mee_Kuning_Teow_Kuey_Kway_Muslim_Halal_Cili_Boh_Laksa_Terengganu_Beras_Sedap_Rojak_Muslim_Food_Industries_03

Kelebihan Cili untuk Badan Kita yang tidak diketahui!!

Khasiat Pokok Herba

Pengenalan

Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan.  Cili kaya dengan vitamin ABdan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.

 
Cili tergolong dalam keluarga solanaceae iaitu satu keluarga dengan sayur tomato dan kentang. Biasanya, cili yang bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepedasan cili juga bergantung kepada kandungan capsaisin/capsaicivoids di dalamnya. Terdapat lima komponen capsaicin di dalam cili iaitu, nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen inilah yang memabantu melancarkan sisitem peredaran darah di bahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Di samping itu, buah cili yang pedas juga meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme untuk melancarkan peredaran darah.

khasiat cabai

Khasiat

1. Menurunkan berat badan

Cili mengandung capsaicin yang akan mempercepat metabolismedan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi keranacapsaicin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatnya degupan jantung. Lebih jauh, kajian menunjukkan orang yang hobi makan pedas biasanyamakan dalam jumlah yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga.

2. Menyehatkan jantung

Cili menyehatkan jantung dengan cara mencegah pembekuandarah. Penelitian juga menunjukkan kadar kolesterol jahat/LDL boleh mencegahoksidasi yang menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Capsaicin jugaefektif melawan inflamasi, yang telah diidentifikasi sebagai faktor risikopenyakit jantung.

3. Melancarkan peredaran darah

Makanan pedas akan melancarkan edaran dan menurunkantekanan darah. Cili juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah kerenakandungan vitamin A dan C-nya.

4. Antikanser

Banyak penelitian menunjukkan ambilan teratur makanan pedasakan mengurangi risiko kanker. Capsaicin memperlambat pertumbuhan sel kankerdan pada banyak kasus sel-sel kanker mati tanpa merusak sel sehat disekitarnya.

khasiat cabai 3

5. Meningkatkan fungsi cerna

Manfaat cili dalam saluran cerna adalah meningkatkan edaran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin jugamembantu membunuh bakteri H.pylori penyebab sakit maag. Akan tetapi jika Andamengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cobalah tablet antiacidyang akan meneutralkan asid di perut.

6. Flu

Capsaicin membantu meningkatkan pengeluaran keringat danmenghilangkan gejala flu yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantumembuka jalan pernafasan, mengurangi sinusitis, dan gejala flu lainnya.

7. Tidur nyenyak

Peneliti dari Australia menemukan orang yang rutin mengambil makanan pedas lebih mudah tidur. Mereka juga cenderung bangun lebih pagi danlebih segar.

8. Menjaga mood

Cili merah meningkatkan level endorfin dan serotonin yangmenghilangkan nyeri dan memberi perasaan nyaman. Hormon ini bertindak seperti pelawan stres dan depresi.

9. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak membantupenderita asmabronkitis kronik, sinusitis, dan penyakit pernafasan lainnyabernapas lebih baik.

khasiat cabai4

PENANAMAN

Penyediaan Tanah:

  1. Di Ladang
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menyediakan Anak Benih:

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.  Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Menanam:

  1. Di Ladang
    Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).  Tinggalkan hanya sepokok.


MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN

Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:

Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja

  1. Di Ladang
    Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
MeeMuslim_CiliBoh_Utama
MuslimCiliBoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.